12/08/2010

TAMAN RIADAH TASIK SARUBING
KAMPONG BELIMBING MUKIM KOTA BATU
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kawasan ini mula dibuka / dibersihkan oleh beberapa orang Penduduk Kampong Belimbing atas usahasama dengan Majlis Perundingan Kampong Belimbing pada jun 2009 dan telah digunakan pada 25hb Disember 2009 dan kini seterusnya diusahakan pembuat trek / laluan bagi mereka yang suka jogging dan berapa buah pondok , jambatan untuk beriadah dan memberi makan ikan yang terdapat ditasik ini

Pintu masuk Taman Riadah Tasik Sarubing

Pemandangan dari Jambatan Pondok Badus

Pemandangan dari Pagar Jambatan Badus

Pemandangan dari simpang empat Jambatan Sarubing

salah satu pondok yang digelar Pondok Dalak (IKAN DALAK)

Satu lagi pondok yang ke-2 digelar Pondok Badus (IKAN BADUS)

Satu lagi pondok yang ke-3 digelar Pondok Keli (IKAN KELI)

Satu lagi pondok untuk jamuan berkeluarga ramai-ramai 
yang digelar PONDOK SARUBING

Diantara kawasan tempat laluan jogging

Kawasan ini tidak dibenarkan memancing sebab ikan didalam tasik ini
adalah ikan peliharaan oleh penduduk kampong

TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEMANCING

Diantara pemandangan yang indah ditasik sarubing



Tempat BBQ yang disediakan

Bermain boat racing battery yang saja dibenarkan

Boleh berkayuh mengunakan boat yang disediakan
TAMAN REKREASI BUKIT MARKUCING
KAMPONG BELIMBING
MUKIM KOTA BATU
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEJARAH BUKIT MARKUCING

Mengikut cerita dari orang-orang tua terdahulu bahawa kawasan ini ialah tempat rehat penduduk-penduduk kampong apabila mereka pergi berburu atau kehutan mencari rezeki. Ketika mereka berehat sambil membuka bekalan/bata untuk makan dan minum maka datanglah seekor kucing dengan suara "MENGIAU" untuk minta makanan. Apabila kucing itu diberi makan kucing itu terus menghilangkan diri entah kemana. Mungkin penduduk yang memberi makan itu bernama "UMAR". Setiap kali mereka hendak makan pasti kucing itu akan datang untuk minta makanan dan UMAR ini sering kali memberi makan kucing tersebut dan setiap kali itu lah sahabat UMAR ini mengatakan " mar kucing" apabila kucing tu datang. Mungkin sebab itu lah tempat ini dinamakan "BUKIT MARKUCING".




Kawasan ini mula dibuka / dirantis oleh beberapa orang Penduduk Kampong Belimbing dan seterusnya diusahakan membuat trek/laluan dan mula dibuka pada 09 Februari 2004 dari sejak tahun tersebut Bukit Markucing mendapat perhatian orang ramai.





Bukit Markucing telah diresmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awg Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awg Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 09 April 2006 dan menjadi "TAMAN REKREASI BUKIT MARKUCING"




Taman Rekreasi Bukit Markucing terletak dikawasan simpang 527 Kampong Belimbing

Ketinggiannya 165 meter dari paras laut

Jarak laluan 3.5km

Masa dalam 50 ke 60 minit